Saturday 11 June 2011

Jangan Terlalu Bangga Dengan Apa Yang Kita Miliki

Salam Sejahtera Semua....

Jangan BANGGA pada LEVI'S, GUESS, PRADA dan sebagainya kerana pakaian terakhir kita adalah "kain kapan"
Jangan BANGGA pada EX5,RXZ, LC135, BMW dan sebagainya kerana kenderaan terakhir kita adalah "keranda"
Jangan BANGGA pada RUMAH@ISTANA yang kita miliki sekarang kerana tempat peristiadat terakhir kita adalah "kubur"


"ingatlah bahawa mati itu suatu ketetapan"


Nanti kita semua akan pakai macam ni..INGAT!!



yang ni??jgn harap la..keranda papan ja ampa dapat..

Friday 3 June 2011

Mensyukuri Nikmat

Salam sejahera buat kalian semua,

Update kali ini, terlintas di minda ku tentang nikmat yang Allah kurniakan untuk setiap makhluknya memang tak ternilai..Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya...

Aku tergerak nak tulis pasal ni sebab hari aku telah berlaku sesuatu pada aku yang aku sendiri tertanya2 kenapa dia jadi macam tu...

Al-kisah, pagi tadi tup-tup ada orang (kawan adik aku mie) celapak mai masuk rumah aku then dia bagi salam, dia kata nk jumpa tuan moto ni (moto RXZ adik aku mat) kat abah aku, masa tu abah aku nak kuar g pekan, so sempat sembang sat dengan dia, then abah aku panggey adik aku (mat)..aku malas nk campur, aku dok rehat coz bru balik bendang...

Tetiba ja moto kesayangan aku berbunyi...aik!!!sapa naik plak dah pantang toi aku naik xhabaq...pa lagi aku terus kuar aku tengok budak tu dah bawak motor aku..Aku tnya la adik aku (mat) dia kata budak tu kawan adik aku (mie) si mat ni xberapa kenai sgt..aku tnya mat pehal budak tu nek motor aku plak?? mat cakap dia nk pinjam moto jap moto dia absorber motor dia patah dia tggai motor dia kat umah aku..adik aku (mat) cakap budak tu nak p kenduri.. aku dah pelik kenduri pa pagi2 jumaat ni.. paiii dah moto aku...  

Budak tu cakap dia nak hantar motor aku balik dalam kui 11 lebih centu...masa dia mai amek tu dalam kui9 lebih...sampai kui4 ptg td xhantar2...aku xheran sangat dengan motor aku sbb dia tggai motor Ex5 dia kat umah aku..penantian tak kesudahan..abah aku kenai ayah budak tu, abah aku kol kawan dia yang dok dekat umah bdk tu (jiran)..so jiran dia gtaw bdk tu xsihat upanya...dia mengidap penyakit kejap siuman kejap xsiuman...aku xtaw sbb aku xberapa kenai...Then adik aku (mat) p umah budak tu jmpa mak bdk tu..mak bdk tu cakap lau anak saya balik saya suh dia antar balik motor kamu..

Dalam kui 7.30 malam td dia mai antaq balik motor aku dengan berpakaian jubah beserta serban...dia panggey mat tu mie..mat herann..pastu mat tnya dia nak p mana?? dia kata nk p usroh...mat bagitaw aku dia nk tergelak tp xbaik kan, so mat xjadi gelak..masa mai nk pinjam cakap nk p kenduri,balik mai antaq motor cakap nk p usroh plak ngn pakai jubah n serban...

Kesian aku dengar bila mat cerita kat aku tadi..ada jugak makhluk Allah yang di uji begitu..mak budak tu cakap dia xsihat sepertimana orang len...dia jadi sejak sekolah rendah...

So moral of the story, syukur lah dengan nikmat yang Allah bagi pada kita...xsemua manusia sempurna...
inilah salah satu petunjuk yang Allah hantar untuk aku hari ini supaya aku mensyukuri dengan nikmat yang diberikanNYA..Allah itu Besar...

Last but not lease, aku nk bagi petua untuk semua, bila anak-anak masih lagi kecil, janganlah sesekali memukul or wat apa pun di bahagian kepala walaupun dia buat salah, hukum lah dia ditempat lain selain kepala..sebaiknya kaki dan tangan...kerana di kepala ada pusat kawalan bagi seseorang....

"YA ALLAH, SEBAGAI HAMBA MU YANG KERDIL AKU MEMOHON SUPAYA DIRINGANKAN BEBAN KEDUA IBU BAPANYA.."






Otak begitu sensitive

Friday 27 May 2011

Kenduri Kesyukuran

Alhamdulillah akhirnya berkesempatan juga aku menyambung career aku...haha
sori kepada follower2 smua wat anda tertunggu2...(ada ka)

Selesai sudah kenduri kesyukuran petang tadi...perghhh ramai jgak tetamu datang...especially my parent"s friends. sampai xsempat nk melayan tetamu2...thanks untuk kawan2 yang datang memeriahkan majlis...

sori sgt kepada kawan2 yang len..aku xmenang tangan nk jemput...niat memang nk jemput semua..tapi aku sibuk sampai terlupa yang aku ada kenduri rini...yang mai tadi aku call 5minit sblum bacaan yassin berkumandang...

tetamu yang xpernah aku tengok sebelum ni pun ada jgak yang datang...sampai aku sendiri heran bin ajaib...siasat punya siasat baru aku taw..kepada kwn2 aku, awek yang korg tanya td tu bukan anak mak ngah aku tapi anak menakan dia...brita paling baik tuk hangpa awek tu dak uitm merbok jgak, bdak pra-diploma (hasil siasatan lanjut ASP RayyaN)...haha
So, pe lagi jalankan misi seterusnya....bak kata orang sedap mata memandang sejuk ati terkenang...perghhh ayat!! pape pun gud luck wey....nk pakai kabel pun bleh jgak...pa salah nya....haha







"Mee kari ayam berempah"

Sunday 22 May 2011

Terhenti Disini

Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta





Friday 20 May 2011

Kebahagian Seorang Anak


Alhamdulillah syukur atas nikmat yang tuhan berikan lantas mengilhamkan satu lagi idea dilubuk minda ku..
Setiap insan inginkan kebahagian,tetapi tak semua orang tahu erti kebahagian sebenar. Adakah kebahagian itu datang bergolek macam bola?? Sama sekali tidak kerana kebahagian adalah dicipta. Bagaimana ia dicipta?? Kebahagian dicipta dengan adanya:

i)                    Kasih sayang
ii)                   Sifat Memahami
iii)                 Menghargai
iv)                 Bertolak ansur
v)                  Dan sebagainya


Dalam sesebuah keluarga, perlu ada kebahagian, jika tidak ia akan hancur berantakkan. Dan hal ini lah yang acapkali didengar. Sikit-sikit cerai, anak bermasalah, anak lari p Lombok la dan macam2 lagi. Macam mana tak jadi begini, ibu bapa keluar keja pagi balik malam. Sibuk la sangat,sampai anak sendiri terabai. Mana tak nya,dah takda masa langsung dengan anak. Anak-anak ni rezki Allah yang tak ternilai, tanggungjawab yang besar. Anak-anak perlukan kasih sayang seorang ayah dan seorang ibu iaitu tempat seorang anak untuk menumpang kasih. Kasih sayang tidak semestinya wang ringgit.


"Memang duit adalah segala-galanya. Tapi mesti ingat duit tak boleh beli kasih sayang"



Ada 5 Kunci Kebahagian Seorang Anak :

1)  Ibubapa yang Harmonis
2)  Adanya aturan (role of the games) yang disepakati oleh anggota keluarga
3)  Kualitas dan Kuantitas waktu bersama anak
4)  Harus ada Connection dengan anak
5)  Kebahagian anak berkait rapat dengan Allah.

"Anak-anak ibarat lagu dan ibubapa ibarat lirik...Jika salah satunya tiada maka ia tidak lengkap"





Monday 16 May 2011

Anak Seorang Pesawah

Hampir seminggu penulis blog antara norma ini senyap tanpa berita..kemana perginya dia?? bz sangat ka dia?? atau dia sakit??

kalau korang nak tahu kemana pergi si penulis blog ni selama seminggu?? Teruskan membaca....haha

Kini aku muncul semula tuk sekian kali, tampil membawa sewarkah bicara buat pembaca blog...ada org baca ka blog aku nih???hmmmmm....ape pun aku akan tetap berkarya, bercerita, berceloteh dan sewaktu dengannya...


SERAK BAJA
Sawah di bumi luas terbentang,
Bekerja keras pagi dan petang,
Hujan dan panas tiadalah pantang,
Rezeki yang halal hidup tidak berhutang

Alangkah mulia jadi petani,
Hidupnya bebas dari jadi kerani,
Makanan mewah beras berguni-guni,
Aman bahagia di samping anak bini



Sebenar aku sibuk dengan kerja2 disawah seminggu dua ni sampai xsempat nak update blog...hmmmm...oleh kerana kesihan terhadap ayahandaku yang hanya sorang diri di sawah pagi petang siang malam...tatkala itu terdetik dihatiku membantu ayahandaku...Untuk pengetahuan semua sekarang ni musim menabur...tu yang sibuk sikit...

Selepas jer abis final aku balik kampung terus aku ke sawah, terhentinya tapak kakiku di pangkal batas sawah, luluh ati melihat sawah yang semak dengan anak padi setinggi paras lututku dek ditinggalkan musim lepas..bagi aku melihat saja pun dah penat,apatah lagi hendak settlekannya...huhhh....sejak dari itu baru ku tahu erti kesusahan dan keperitan yang yang di alami sebagai seorang pesawah..

Bayangkan seharian aku disawah,lemah xbermaya badan aku...rasa mcm org lumpuh..


*pengalaman adalah asam garam hidup*


Subur Hijau Bumi Tuhan

Wednesday 11 May 2011

Sehari Selepas Final Exam

Tanggal 10 May 2011 Final Exam dah berlalu...Setelah berlalunya saat-saat getir meniti titian hasrat menuju penghujungnya, terasa dunia begitu luas kerana sebelumnya sempit bagaikan berjalan di pasar malam belaga sana belaga sini...aduh semak...hati seraya berkata seronoknya exam abis dah...yahooo!!!!!!

Berlalu keluar sahaja dari dewan terus mencapai kapcai kesayangan ku, bak orang kata buat geram sekali..pastu aku pn pa lagi full throttle truih....pariapppp...........pariapppppppp...dah tu aku melantak nasi lemak 3 bungkuih...

Bila dah seronok sgt orang kata da bala...seperti yang dikatakan malam td tetiba aku jadi wengg sat..sampai xtido smlaman...pejam mata pn xmo lena...last skali xtidoq truih...tp aku rasa seronok bila beban xdak untuk sementara waktu....

Tetiba lak kan hati teringat nk balik umah....hmmmm....walaupun dekat, hajat dihati lama dah nk balik tp tak kesampaian dek kerana terlalu sibuk jer memanjang...petang nie mula la mamat azroi start kembara balik kampung...padahai umah kat ujung tet ja...haihhhh...




priapppppp.......priaaappppp.....